~nuffnang~

template

Wednesday, January 20, 2010

Darah?? Untuk Apa Menderma....!!


Pada petikan akhbar Utusan bertarikh 6 Januari yang lepas menyatakan Tabung Darah Negara mengalami kekurangan darah jenis 'O' sejak Disember lepas. Sejak Disember yang lepas,Unit Bergerak PDN kini giat menjalankan kempen derma darah di kawasan Lembah Klang bagi meningkatkan kembali bekalan darah jenis itu. Namun yang demikian apa yang terjadi, kempen yang dijalankan oleh PDN kurang mendapat sambutan masyarakat. Entah mengapa dan apa sebab yang menyebabkan mereka tidak terpanggil untuk menderma darah masih tidak diketahui?

''PDN mengalami kekurangan darah sejak Disember tahun lepas dan pada tahun ini, PDN akan menggiatkan kempen derma darah bagi memastikan bekalan darah di PDN mencukupi. Orang ramai juga dirayu menderma darah mereka bagi menampung bekalan itu,'' kata Ketua Kempen Derma Darah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. C. Chitra.(Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info)

Sebentar tadi saya dipanggil untuk turun *rokol oleh jurulatih PALAPES tepat jam 7.40 p.m selepas selesai solat maghrib. Pada mulanya rungutan memang kedengaran di telinga dan bermain di bibir. Semua pegawai kadet PALAPES dikehendaki turun secara mengejut tanpa diberitahu sebab perjumpaan tersebut. Setelah selesai pengiraan *strength oleh *I/C peringkat, kami telah diberitahu mengenai isu kekurangan darah di PDN yang mana sebelum ini saya telah maklum sendiri melalui berita yang disampaikan di stesen TV tempatan iaitu TV3.

Kalau ikutkan hati, memang saya telah berazam untuk menderma darah pada semester ini Cuma kesempatan yang membolehkan saya untuk menderma darah masih tiada. Bagi saya peluang yang sekali ini tidak boleh dilepaskan walaupun terpaksa merantau ke hospital Slim River untuk menderma darah yang saya kira sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab kepada masyarakat perlu untuk memandang berat akan isu seperti ini. Bukan untuk meninggi diri tetapi ianya adalah kenyataan yang mana saya kira masih tiada kesedaran yang timbul dalam diri segelintir masyarakat Malaysia untuk menawarkan hanya kurang dari 10% kandungan darah dalam badan kita yang mana seorang dewasa mempunyai 5 liter darah dalam badannya.

Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas.

Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya :

” Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah ; Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Luqlu Wal Marjan - Hadis 1447 )

Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w juga bersabda dan maksudnya;

“Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

Oleh itu kita sebagai manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain berfikirlah. Adakah dengan mendermakan hanya kurang dari 10% jumlah darah anda akan menjejaskan kesihatan anda? Mungkin pada hari ini tiada musibah yang melanda kita dan keluarga tapi adakah ianya akan selamanya kekal begitu? Oleh itu, saya sendiri menderma dengan tujuan bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan darah tersebut. Manalah tahu, darah yang kita derma adalah untuk kegunaan diri kita sendiri? Jadi, hilangkan persepsi anda mengenai untuk apakah kita menderma? Orang lain kan ada?Wallahualam…..

*rokol: aktiviti berbaris dalam ketenteraan
*I/C: In Charge iaitu orang yang mengendalikan sesuatu
*Strengh: kekuatan dalam barisan

Friday, January 15, 2010

10 LangKah eLak Jadi ManGsa “dAtE RaPe”



1. SEDAR sikit mengenai “Epidemik Date Rape” ini boleh berlaku sekiranya pasangan berada di tempat yang sunyi . Sebaiknya korang keluarlah secara berkumpulan seandainya korang berhasrat untuk bertemu dengan kenalan baru.

2. JANGAN mengambil alcohol atau dadah (bagi yang bukan islam). Pengambilan kedua-dua benda terlarang ni akan buat korang hilang pertimbangan yang akan mamberi kesan kepada tindakan dan pemikiran korang. Malah ianya memudahkan pemangsa mengambil kesempatan kat korang.

3. AWAS sekiranya orang yang korang baru @ dah lama kenal berani memasuki @ menyentuh sempadan peribadi korang. Dah nampak dah yang dorang tak hormat kat korang.

4. MENJERIT je kalau dorang wat yang tak elok kat korang. Senang citer terus lapor kat polis kalau si dia bertindak melampaui batas. Takkan korang nak biarkan diri korang diperlakukan sesuke hati oleh pasangan yang menggatal camtuh.

5. ELAKKAN dari berpakaian seksi. Ni akan menampakkan yang korang ni memang tak cukup kain masa wat baju ataupun terlalu jimat. Dah tau nak jumpe ngan orang yang baru korang nak kenal jadi nyer jaga lah tingkah laku korang dan tutup-tutup lah aurat tuh sikit. Nanti kang jadi lah pulak kes sesaje masuk kandang harimau yang tengah kelaparan.

6. BERDIKARI dalam setiap perkara yang akan korang lakukan. Jangan terlalu terhutang budi sangat ngan pasangan korang sebab ia akan menjadikan korang akan bertindak secara tidak rasional sebab korang fikir yang korang banyak terhutang budi ngan si dia sampai korang sanggup gadai maruah korang. Nak ker camtuh?

7. PERCAYA kat suara hati korang. Kalaulah korang dah mula rasa cam tak selesa, cepat-cepat keluarkan diri korang dari situasi tuh. Bagi lah seribu alasan walaupon korang rase cam tindakan korang tuh tak sopan asalkan korang tak jadi mangsa “Date rape”.

8. SEDIAKAN spray semburan air cili ataupun sabun. Nampak cam kolot tapi benda-benda nil ah yang akan bantu korang andai dalam kecemasan. Lagi satu, simpan-simpanlah duit ckit kot-kot kalu duit tuh boleh wat larikan diri dengan naik teksi pada waktu genting dan darurat.

9. SAY NO bila si dia ajak kamu bertandang ke rumah dorang. Ni lah yang kes yang paling banyak menyumbang kepada perkara Date Rape nih. Jangan berfikiran sempit dengan terus bertandang kerumah dorang lagi-lagi kalau rumah dorang jenis rumah bujang. Karang tak pasal-pasal mahkota korang diragut oleh lelaki durjana yang cam tak ingat yang dosa dorang tuh makin melambak dengan wat dosa-dosa camni.

10. LAST sekali, jaga lah martabat kaum wanita ni. Jangan sesuke biarkan dorang amik kesempatan atas korang. Memang masyarakat slalu kata wanita insan yang lemah tapi takkan lah kita nak bertindak sebagai seorang yang lemah sekiranya kita ada peluang untuk mengelakkan dari perkara tersebut berlaku????

TipS kEkal seGar DaLam KuliAh



1. SediAkan geGule SebEraPa YanG bAnYak
SuPayA KOraNg BoleH menYeGarkaN DiRi KoranG
DengaN memAniSkan MuluT KorAng. akU suggest
kat koraNg SeElOknya KorAnG kUnyaH geGule
GetaH YanG bOleH kOraNg AnGgap SebAgaI saTu
SenamAn MuluT. TaPi JanGan laH puLak SamPaI
LeCt. KoraNg Da NguSya pon KorAng Wat DuNo JeW,
PaNdaI lAh CoVeR kAwaN…

2. MinUm AiR MenGikUt kuAntiTi YanG Di cDgKn iaItU seBanYak 8 GeLaS SehAri. AiR plak M’BolEhkan OtaK kOraNg meNeRima OkSigeN yAng MenCukuPi.


3. JanGan Terlalu SeLesa SeMaSa SesI penYampaian DalaM KuLiaH. SebOleHnya DuDuk Dengan TidaK MenYandArkAn BaDan AnDa CoZ BilE kiTeR tErlaLu SelEsa, KitEr AkaN BerAsA cEpaT MenGantuK daN akaN mEnGambIL laNGkaH UnTuk meLeLapkAn MatA.

4. KorAnG pErlU meNdaPatkaN TiDur Yang MenCukUpi SeBaB tIdUr yang LeNa DaN meNcUkUpi akAn MemBuAtkaN HaRi-haRi KoraNg Segar. TidUr yAnG meNcUkUpi AdAlaH aNtArA 7-8 JaM SeHari.

5. PENTING…!! ElaK UnTuk MakaN seHingGa terLalu KenyaNg keRanA iNi AkaN menYebAbKaN KorAnG mEnGanTuk yang DiSeBabKan OleH pRoSeS pEnGhaDaMan.

6. MeLeBiHkaN KomUnikAsI DenGaN peNsyArah KoraNg SupAya korAng X NgaNtoK. UtaRa Kn R sOaLan YaNg mUnAsAbaH yang MeMbolehKaN KomUnikAsI 2 HaLa BerLaKU K…


7. BuAt BebEraPa senaMaN RiNgAn YaNg BoleH merEgAnGkaN Otot KorAng. Tak PerLu lakUkan senaMan YaNg agAK x- TReam, BuAt SeNaMaN TaNgaN AtAu KepAlA SupAya korAnG SenTiaSa Segar. KalAu TiDak BerKesAn, LaKukaN BebEraPa kali SenaMaN TePuK lALaT dIlUaR kELaS.

8. MisaL kaTer KoRang nI meManG kaki TiDo TahaP pEtaLa kSepuLoh BilEr MasOk Je DeWaN kULiah, AKu CdgKan kaT KorAnG SupAyA KeLuar CuCi MukA....