~nuffnang~

template

Wednesday, January 20, 2010

Darah?? Untuk Apa Menderma....!!


Pada petikan akhbar Utusan bertarikh 6 Januari yang lepas menyatakan Tabung Darah Negara mengalami kekurangan darah jenis 'O' sejak Disember lepas. Sejak Disember yang lepas,Unit Bergerak PDN kini giat menjalankan kempen derma darah di kawasan Lembah Klang bagi meningkatkan kembali bekalan darah jenis itu. Namun yang demikian apa yang terjadi, kempen yang dijalankan oleh PDN kurang mendapat sambutan masyarakat. Entah mengapa dan apa sebab yang menyebabkan mereka tidak terpanggil untuk menderma darah masih tidak diketahui?

''PDN mengalami kekurangan darah sejak Disember tahun lepas dan pada tahun ini, PDN akan menggiatkan kempen derma darah bagi memastikan bekalan darah di PDN mencukupi. Orang ramai juga dirayu menderma darah mereka bagi menampung bekalan itu,'' kata Ketua Kempen Derma Darah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. C. Chitra.(Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info)

Sebentar tadi saya dipanggil untuk turun *rokol oleh jurulatih PALAPES tepat jam 7.40 p.m selepas selesai solat maghrib. Pada mulanya rungutan memang kedengaran di telinga dan bermain di bibir. Semua pegawai kadet PALAPES dikehendaki turun secara mengejut tanpa diberitahu sebab perjumpaan tersebut. Setelah selesai pengiraan *strength oleh *I/C peringkat, kami telah diberitahu mengenai isu kekurangan darah di PDN yang mana sebelum ini saya telah maklum sendiri melalui berita yang disampaikan di stesen TV tempatan iaitu TV3.

Kalau ikutkan hati, memang saya telah berazam untuk menderma darah pada semester ini Cuma kesempatan yang membolehkan saya untuk menderma darah masih tiada. Bagi saya peluang yang sekali ini tidak boleh dilepaskan walaupun terpaksa merantau ke hospital Slim River untuk menderma darah yang saya kira sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab kepada masyarakat perlu untuk memandang berat akan isu seperti ini. Bukan untuk meninggi diri tetapi ianya adalah kenyataan yang mana saya kira masih tiada kesedaran yang timbul dalam diri segelintir masyarakat Malaysia untuk menawarkan hanya kurang dari 10% kandungan darah dalam badan kita yang mana seorang dewasa mempunyai 5 liter darah dalam badannya.

Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas.

Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya :

” Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah ; Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Luqlu Wal Marjan - Hadis 1447 )

Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w juga bersabda dan maksudnya;

“Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

Oleh itu kita sebagai manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain berfikirlah. Adakah dengan mendermakan hanya kurang dari 10% jumlah darah anda akan menjejaskan kesihatan anda? Mungkin pada hari ini tiada musibah yang melanda kita dan keluarga tapi adakah ianya akan selamanya kekal begitu? Oleh itu, saya sendiri menderma dengan tujuan bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan darah tersebut. Manalah tahu, darah yang kita derma adalah untuk kegunaan diri kita sendiri? Jadi, hilangkan persepsi anda mengenai untuk apakah kita menderma? Orang lain kan ada?Wallahualam…..

*rokol: aktiviti berbaris dalam ketenteraan
*I/C: In Charge iaitu orang yang mengendalikan sesuatu
*Strengh: kekuatan dalam barisan