~nuffnang~

template

Friday, January 15, 2010

10 LangKah eLak Jadi ManGsa “dAtE RaPe”



1. SEDAR sikit mengenai “Epidemik Date Rape” ini boleh berlaku sekiranya pasangan berada di tempat yang sunyi . Sebaiknya korang keluarlah secara berkumpulan seandainya korang berhasrat untuk bertemu dengan kenalan baru.

2. JANGAN mengambil alcohol atau dadah (bagi yang bukan islam). Pengambilan kedua-dua benda terlarang ni akan buat korang hilang pertimbangan yang akan mamberi kesan kepada tindakan dan pemikiran korang. Malah ianya memudahkan pemangsa mengambil kesempatan kat korang.

3. AWAS sekiranya orang yang korang baru @ dah lama kenal berani memasuki @ menyentuh sempadan peribadi korang. Dah nampak dah yang dorang tak hormat kat korang.

4. MENJERIT je kalau dorang wat yang tak elok kat korang. Senang citer terus lapor kat polis kalau si dia bertindak melampaui batas. Takkan korang nak biarkan diri korang diperlakukan sesuke hati oleh pasangan yang menggatal camtuh.

5. ELAKKAN dari berpakaian seksi. Ni akan menampakkan yang korang ni memang tak cukup kain masa wat baju ataupun terlalu jimat. Dah tau nak jumpe ngan orang yang baru korang nak kenal jadi nyer jaga lah tingkah laku korang dan tutup-tutup lah aurat tuh sikit. Nanti kang jadi lah pulak kes sesaje masuk kandang harimau yang tengah kelaparan.

6. BERDIKARI dalam setiap perkara yang akan korang lakukan. Jangan terlalu terhutang budi sangat ngan pasangan korang sebab ia akan menjadikan korang akan bertindak secara tidak rasional sebab korang fikir yang korang banyak terhutang budi ngan si dia sampai korang sanggup gadai maruah korang. Nak ker camtuh?

7. PERCAYA kat suara hati korang. Kalaulah korang dah mula rasa cam tak selesa, cepat-cepat keluarkan diri korang dari situasi tuh. Bagi lah seribu alasan walaupon korang rase cam tindakan korang tuh tak sopan asalkan korang tak jadi mangsa “Date rape”.

8. SEDIAKAN spray semburan air cili ataupun sabun. Nampak cam kolot tapi benda-benda nil ah yang akan bantu korang andai dalam kecemasan. Lagi satu, simpan-simpanlah duit ckit kot-kot kalu duit tuh boleh wat larikan diri dengan naik teksi pada waktu genting dan darurat.

9. SAY NO bila si dia ajak kamu bertandang ke rumah dorang. Ni lah yang kes yang paling banyak menyumbang kepada perkara Date Rape nih. Jangan berfikiran sempit dengan terus bertandang kerumah dorang lagi-lagi kalau rumah dorang jenis rumah bujang. Karang tak pasal-pasal mahkota korang diragut oleh lelaki durjana yang cam tak ingat yang dosa dorang tuh makin melambak dengan wat dosa-dosa camni.

10. LAST sekali, jaga lah martabat kaum wanita ni. Jangan sesuke biarkan dorang amik kesempatan atas korang. Memang masyarakat slalu kata wanita insan yang lemah tapi takkan lah kita nak bertindak sebagai seorang yang lemah sekiranya kita ada peluang untuk mengelakkan dari perkara tersebut berlaku????

2 comments:

  1. hmm..bgs2..tahniah pada penulis blog neh.Banyak kan lagi tips2 canie...even sy ni laki2, tapi saya sokong perjuangan anda. :)

    ReplyDelete