~nuffnang~

template

Saturday, May 8, 2010

~Aktiviti Cuti Semester ku yang PADAT~



Hurm...
nak start dari mana ea??

ok, camnilah..

petang ni balik kampung
jumpa ahli keluarga yang tersayang...

esok (9/5/10)
adalah hari yang paling penting
~GATHERING~
wwaaa...
x sabar nak jpe member2 aku
yang hampir 4 tahun x jumpa dengan dorang
melepak kat Mid Valley
sampai nak termuntah..haha
bergelak sakan lah sume kat sane nanti
cume aku takot Mid tu roboh je sebab kami sakan sangat..

~NgeH3x....

Then aku akan dok kat umah sampai lah 26 mei
naper sampai 26 mei je?
bukan cuti sampai 11 julai ke?
ha...
ni yang aku nak story kat korang...
aku pon exited sangat nak cter kat korang sebabnya,
aktiviti lpas 26 mei memang betul2 best

sebab ape? nanti aku story kat bawah k....
tapi korang...
korang rase lah, apa aku patot buat mser aku dok kat umah ea?
hurm,
x yah susah2 korang nak pikirkan ntok aku

sebab aku da ada

"Planner"
yang da semakkan cuti
dengan sesuke hati
dia
kakak aku lah tu...
hahha
da leh jdik cam
organizer yang bergerak lak kakak aku ni.


27 /5/2010
tarikh ni yang memang wat aku x sabar
melangkah ke USM, Penang..

bukan ntok study lah.. hahaha...
sebab jadi kadet SOKONGAN
sebab senior2
aku nak tauliah da
jd aku ngan baik hatinya
pon pergilah

lagipon perkara yang paling exited skali ialah

ELAUN
hahhhaha....
duit skunk ni nak msok toilet pon kne bayar
tapi bukan tu je yang buat aku exited...
aku rase termotivasi
bile aku tgok senior2 aku
bakal
melangkah ke jawatan
Leftanan Muda
(satu paku atas bahu beb, bukan paku tekan lah...)

mser yg paling best
waktu tu adalah
kawad Pentauliahan Diraja DYMM @ Sultan Negeri
yang bg watikah tu...
tapi kali ni bukan ke kat Penang,
Penang mneder Sultan..
entahla, tunggu dan lihat je....


Panjang lak cter aku hr ni....
huh......!!

20/6/2010
tibe masenyer ntok aku wat
ROS..
sirap ke?
bukanlah...
Rancangan Orientasi Sekolah..
2 minggu jadi cikgu jap
baiklah murid2, kamu boleh panggil saya
"cikgu Syama, nak panggil cikgu Comey pon boleh jgak"
lagi aku suke beb...hahaha
perasan je aku ni..

3/7/2010
balik UPSI balik tatkala orang lain sume masih bercuti..
hurm, aku kat aktif..hehhe
kali ni aku terlibat lak dengan
Pengambilan Junior PALAPES USPI
memang aku akan pengaruh dorang ckop2 ntok join
PALAPES...
hahahha

Hurm...
11/7/2010
Masok sem 5 da...
ni nanti2 lah cerita k...
hehehe...


Friday, May 7, 2010

~Berubah angin~


"Andai cinta itu hadir tanpa diduga, aku akan sentiasa menerima dengan hati yang terbuka & menyintainya SELAMANYA..."

ungkapan inilah yang sering membuat aku bersemangat tatkala aku kehilangan punca dalam bercinta. Pernah satu masa dulu aku hanya mengharap orang lain menyintai aku tanpa membalas cintanya dengan sepenuh hatiku. Bukan niatku untuk mempermainkan cinta, tetapi aku tahu kesudahannya akan membuatkan aku terluka...

Hampir 2 tahun aku berada dalam perhubungan itu. Namun, benarlah kata orang "Panas takkan sampai ke Petang". Hubungan kami retak, entah dimana silapnya.

Kini cinta hadir kembali dalam hidupku buat kali yang ke-2 nya. Setelah setahun aku bersendiri, tampilnya orang yang sudi berkongsi kasih denganku. Perhubungan kali ini cukup berbeza dari yang sebelumnya. Memang benar, cinta pertama tidak mungkin akan mudah kita lupakan. Tidak banyak, sedikit pasti terdetik rasa kasih dan cinta yang pernah dilalui satu masa dahulu. Namun, aku telah meredhai segalanya terhadap perhubungan aku yang pertama dan aku berazam untuk menumpukan seluruh ragaku, cintaku, kasihku, sayangku hanya pada perhubunganku kini.



Indahnya saat bercinta memang tidak dapat dinafikan. Penerimaan buruk & baik seseorang dalam percintaan itu adalah perlu, menerima dia seadanya dalam hidupku akan menjadikan aku seorang yang bersyukur kerana dipertemukan dengannya.

Seandainya panas yang kusangka sampai ke petang satu hari nanti dilanda hujan, aku berharap dia mengetahui bahawa aku cukup menyintainya & menyayanginya walaupun semasa dalam perhubungan ini aku mungkin hanya akan memendam luka dihati kerana aku terlalu menyintainya...



Coretan yang ditaip kembali
dari diari seorang wanita...