~nuffnang~

template

Thursday, February 11, 2010

Mengenali Web 2.0






DEFINISI Web 2.0

Secara umumnya web 2.0 merujuk kepada generasi kedua perkhidmatan dalam world wide web(WWW) yang membolehkan kita bekerjasama dan berkongsi maklumat secara dalam talian. Berbeza dengan web 1.0, web 2.0 memberi pengguna pengalaman yang lebih terhadap aplikasi desktop berbanding cara web page yang lama. Antara perkara yang diperkenalkan oleh O’Reilly Media and MediaLive International sebagai nama kepada siri pembangunan web yang bermula pada Oktober 2004. Aplikasi Web 2.0 selalunya menggunakan kombinasi teknik yang digunakan lewat tahun 1990-an, termasuklah perkhidmatan awam APIs (penarikan dari tahun 1998), Ajax (1998), dan web syndication (1997). Ianya sering membenarkan penerbitan media masa (web-based social software). Perkara yang terkandung dalam web 2.0 ialah blog dan Wikipedia.

Menurut Tim O’Reilly:

"Web 2.0 is the business revolution in the computer industry caused by the move to the Internet as platform, and an attempt to understand the rules for success on that new platform."

Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian, fungsian serta aplikasi internet.ianya satu bentuk transformasi daripada web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik dan fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif, kreatif, dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi rangkaian secara dua hala dan bukannya satu hala. Dahulunya web berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai sesebuah organisasi semata-mata dengan interaksi yang agak terbatas. Kini, dengan pengenalan kepada beberapa inovasi termaju, komunikasi manusia menjadi lebih pantas, mudah dan berkesan. Jaringan manusia menjadi lebih luas dan terbuka merentasi batas sempadan Negara.

CIRI-CIRI Web 2.0

Sejak akhir abad ke-20, web 2.0 merupakan revolusi terhadap penggunaan web yang dijadikan platform dalam mengembangkan perniagaaan. Terdapat tujuh ciri-ciri yang dibawa oleh web 2.0 ini yang antaranya ialah:

1. Perkhidmatan

Web 2.0 memberikan perkhidmatan secara percuma. Berlainan dengan media konvensional yang memerlukan belanja yang besar untuk dihasilkan. Boleh dikatakan bahawa penggunaan web 2.0 adalah menepati pilihan kerana ianya tidak memerlukan sebarang yuran sebagai bayaran perkhidmatan. Namun begitu, walaupun tiada sebarang bayaran yang diambil keatas pengguna, ianya masih mampu memberi kesan yang besar dalam menghubungkan setiap pengguna dalam sesuatu jaringan sosial tersebut terutamanya.

2. Kawalan.
Pengawalan hujung jari yang terhasil oleh web 2.0 menjadikan ia sebagai laman web yang serba boleh. Dengan adanya pelbagai bahan carian maklumat hujung jari, pengguna boleh mengambil kesempatan yang ada untuk mencari maklumat yang diperlukan. Ianya menjadikan semakin ramai yang mengikuti perkembangan web ini disamping menjadikan sesuatu laman sebagai laman bagi meluahkan pendapat mengenai sesuatu isu yang semasa. Selain melayari, pengguna kini boleh memberi pendapat serta meluahkan isi hati mereka.

3. Kepercayaan
Kepercayaan dalam konteks penggunaan web 2.0 adalah antara pembangun dan pengguna yang mana ianya boleh dipupuk melalui interaksi secara maya. Lebih jelas lagi diterangkan bahawa seseorang atau sekumpulan pembangun laman web harus yakin dan percaya pada diri untuk menghasilkan sesuatu yang boleh menjadikan seseorang atau pengguna mempercayai interaksi dua hala ini tanpa sebarang keraguan.

4. Kemudahan
Web 2.0 juga memberi kemudahan lain seperti interface, model programming dan lain-lain. Ianya memberi kemudahan kepada pengguna melayari dan mencari sesuatu yang mereka perlukan.

5. Perisian
Web 2.0 adalah perkhidmatan yang diintergrasikan dengan menyatukan pelbagai peranti yang hampir sama seperti pelayar internet, PC, dan Telefon bimbit.

6. Pengumpulan maklumat
Web 2.0 memberi kelebihan dalam mengumpul maklumat secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan oleh pengguna berkembang secara pesat seperti artikel yang terus bertambah dalam wiki ataupu lain-lain laman sosial yang member kemudahan kepada pelayar laman web yang lain.

KELEBIHAN web 2.0

Mengandungi aplikasi web yang mempunyai fungsi seperti aplikasi pada komputer desktop. Tiada sebarang perisian yang perlu dimuat turun kepada PC. Selain itu, ia berfungsi sebagai User-generated content (interactivity). Ia membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Friendster dan lain-lain. Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain dengan mengisi maklumat peribadi dan melihat sendiri perkaitan atau linking maklumat mereka dengan maklumat individu lain dengan menggunakan platform seperti E-Blogger, facebook dal lain-lain. Terdapat banyak lagi kelebihan web 2.0 yang sebenarnya masih kita belum terokai dan ketahui. Ianya hadir apabila terciptanya web 2.0 itu sendiri.

Antara aplikasi yang menjadi pendokong web 2.0 ialah aplikasi teknologi blog, wiki, podcast, serta rangkaian sosial. Inovasi ini berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan hangat dari komuniti internet. Teknologi ini berkembang pesat seiring dengan keperluan generasi yang lebih moden dan canggih.mereka lebih bebas dan terbuka dari segi pemikiran serta gaya hidup dengan menawarkan cara komunikasi canggih serta maju secara maya melalui hujung jari.


PERBEZAAN Web 1.0 dan Web 2.0





web 1.0 adalah merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dalam aplikasi world wide web, atau ada yang mengatakan web 1.0. sebagai www itu sendiri yang banyak digunakan dalam situasi web yang bersifat persendirian. Beberapa ciri atau web 1.0. adalah seperti:

1. Merupakan halaman web yang statik atau hanya berfungsi sebagai paparan sehala.
2. Halaman masih di design sebagai html murni, yang ‘hanya’ memungkinkan orang untuk melihat tanpa ada interaksi dua hala.
3. Biasanya hanya menyediakan seprti buku tamu (homepage) online tapi tidak ada interaksi yang kompleks.
4. Masih menggunakan dokumen yang dikirim melalui e-mail, yang mana ianya melibatkan komunikasi sehala.

Untuk saat ini perkembangan web yang banyak digunakan adalah teknologi aplikasi web 2.0. yang memungkinkan interaksi sosial dan pertukaran data. Seperti Youtube, Flickr dan lain-lain. Dengan ini kita boleh membezakan antara penggunaan web 1.0 dengan web 2.0 dimana ianya mempuyai perbezaan ketara melalui faktor komunikasinya.

SUMBANGAN

Web 2.0 adalah satu penciptaan yang menarik serta memenuhi tuntutan semasa masyarakat dunia yang sentiasa memperoleh kemajuan tersendiri selari dengan corak pemikiran dan pergaulan mereka. Teknologi web 2.0 ini mampu dan terbukti dapat memperkembangkan tahap jreativiti manusia, mempelbagaikan cara komunikasi, memperluas hubungan sosial, meggalakkan perkongsian maklumat serta kolaboratif dalam pembelajaran. Potensinya amat besar dan bermanfaat kepada golongan pengguna dalam usaha mempromosikan perkongsian pintar melalui internet.





Sumber Rujukan:
http://arifs.staff.ugm.ac.id/mypaper/Aplikasi_Web_Email.pdf
http://www.lautanteknologi.com/articles/76-mengenal-web-20.pdf
http://oreilly.com/