~nuffnang~

template

Sunday, February 20, 2011

Misundersto0d??

Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak menyatakan
segala kekusutan yang berlaku
adakah ianya disebabkan kesalahan yang datangnya dari saya sendiri?
ataupun ianya sekadar pemuas hati bual bicara sesetengah pihak?

Kadang-kadang kita perlu menilai dari segala aspek
apa yang berlaku di sekeliling kita?
apakah yang menyebabkan ianya berlaku?
bukan sekadar hanya berprasangka buruk terhadap sesuatu tindakan yang orang lain lakukan.

Seperti apa yang sering berlaku dalam kalangan komuniti kita
perlakuan yang sepatutnya dilihat sebagai pertolongan disalahertikan
oleh sesetengah pihak yang mungkin cemburu, berperasaan tidak puas hati,
ataupun anggapan bahawa kelebihan dalam diri mereka tidak setanding
dengan orang yang mempunyai kelebihan lebih dari mereka
dan seterusnya menganggap orang tersebut
sebagai 'pembodek', 'gila kuasa', dan mungkin 'konon bagus'.

Seharusnya kita sebagai komuniti yang mempunyai akal fikiran
melihat sesuatu dari semua sudut pandangan yang dirasakan perlu dan bukan sekadar serkap jarang berasaskan emosi yang tidak stabil apatah lagi semasa marah.
Adakah kita sedar apakan motif dan sebab seseorang itu melakukan sesuatu perkara??

.::.Situasi A.::.

Seseorang yang membantu orang lain atas dasar
kemanusiaan dan dengan niat mengurangkan bebanan orang tersebut
disalahertikan oleh pihak
seperti yang saya nyatakan diatas.

Dalam konteks ini saya rasakan bahawa kekurangan proses komunikasi
dan juga kekurangan pergaulan sosial yang menjadikan sesetengah
manusia yang tergolong dalam pihak
'serkap jarang' ini
tidak memahami persekitarannya. Proses komunikasi
adalah suatu proses yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan dirinya sendiri,
dengan orang lain dan juga dengan persekitaranya.

Komunikasi yang mesra
bukan sahaja ianya berkesan tetapi ianya mestilah dapat
mewujudkan perasaan 'puas hati', 'rasa dihargai'
dan 'keinginan' untuk saling bekerjasama antara kedua pihak yang terlibat.
Komunikasi juga berperanan dalam memenuhi Keinginan sosial
termasuk keinginan untuk bergaul dan
berhubung dengan orang lain, serta
melahirkan perasaan
kasih sayang.

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini melalui pandangan saya adalah
mereka yang sering salah anggap
terhadap orang lain ini boleh dikategorikan
dalam kalangan mereka yang kurang mahir dalam komunikasi mesra.
Berkemungkinan mereka merasakan mereka cukup mahir
dalam berkomunikasi kerana mereka mempunyai pihak yang menyebelahi mereka
tetapi adakah mereka mahir berkomunikasi dengan pihak yang
lain sehingga menyebabkan mereka beranggapan buruk
kepada pihak yang lain?

*P/S: saya tidak mempunyai jawapan kepada persoalan ini kerana ianya
adalah perkara yang saya rasakan sangat subjektif
dan ianya perlu dijawab oleh individu itu sendiri mereka tergolong
dalam golongan yang mana.....