~nuffnang~

template

Friday, May 7, 2010

~Berubah angin~


"Andai cinta itu hadir tanpa diduga, aku akan sentiasa menerima dengan hati yang terbuka & menyintainya SELAMANYA..."

ungkapan inilah yang sering membuat aku bersemangat tatkala aku kehilangan punca dalam bercinta. Pernah satu masa dulu aku hanya mengharap orang lain menyintai aku tanpa membalas cintanya dengan sepenuh hatiku. Bukan niatku untuk mempermainkan cinta, tetapi aku tahu kesudahannya akan membuatkan aku terluka...

Hampir 2 tahun aku berada dalam perhubungan itu. Namun, benarlah kata orang "Panas takkan sampai ke Petang". Hubungan kami retak, entah dimana silapnya.

Kini cinta hadir kembali dalam hidupku buat kali yang ke-2 nya. Setelah setahun aku bersendiri, tampilnya orang yang sudi berkongsi kasih denganku. Perhubungan kali ini cukup berbeza dari yang sebelumnya. Memang benar, cinta pertama tidak mungkin akan mudah kita lupakan. Tidak banyak, sedikit pasti terdetik rasa kasih dan cinta yang pernah dilalui satu masa dahulu. Namun, aku telah meredhai segalanya terhadap perhubungan aku yang pertama dan aku berazam untuk menumpukan seluruh ragaku, cintaku, kasihku, sayangku hanya pada perhubunganku kini.



Indahnya saat bercinta memang tidak dapat dinafikan. Penerimaan buruk & baik seseorang dalam percintaan itu adalah perlu, menerima dia seadanya dalam hidupku akan menjadikan aku seorang yang bersyukur kerana dipertemukan dengannya.

Seandainya panas yang kusangka sampai ke petang satu hari nanti dilanda hujan, aku berharap dia mengetahui bahawa aku cukup menyintainya & menyayanginya walaupun semasa dalam perhubungan ini aku mungkin hanya akan memendam luka dihati kerana aku terlalu menyintainya...



Coretan yang ditaip kembali
dari diari seorang wanita...

No comments:

Post a Comment